Pages

Wednesday, 15 June 2011

Gerhana Bulan

Pagi ni perasaan bercampurbaur..ceria+kurang ceria...bangun2 rasa sakit2  bengkak macam nak datang bulan gitu..memang bad mood la..pikir2 balik macam baru lepas je bulan mengambang tak kan datang lagi kut..bincang2 ngan kaklong...oohh terlupa lak insiden semalam haha gedebuk! 'buah nangka' jatuh...adoilaa harini terasa bisa2nya.. =.=' ....pastu melayan isma yang sedang ber'angry bird' dapat la rest sket..betul2 angry isma ni siap makan lagi psp tu..





bad mood terus hilang lepas dapat makan kuih kegemaran ku...kuih kertas..sedapnya..lama dah ngidam dari bulan puasa tahun lepas..dapat tu dapat la tapi yang tak best..tak ori...memang keciwa den..den ni goma beno kuih keteh nih..(nota: loghat jelebu lain sket bunyinya dari yang biasa dengar ye hehe) pagi ni hajat terkabul..ceria meria gituh...sedap..lemak..lembut..kenyal dan asli..cuma kelapanya macam hampas..tapi layann tuu..kena belajar buat nih!!! oh kuih ni di import dari Tangling k.l..hehe

Pastu bertambah2 ceria bila dapat khabar jam 1.25 pagi 15jun (pagi khamis) ni bermula la gerhana bulan..kemuncaknya jam 4.12 pagi..dan berakhir 6.59 pagi..info dari encik Metro..jarang nak dapat kesempatan solat sunat khusuf nih...kalau dapat join berjemaah kat masjid lagi best boleh dengar khutbah gerhana sekali..kalau tak dapat gi masjid wat kat umah je lah gamaknya..jom kawan2 kita tingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah dengan kesempatan yang ada ni..^__^

Sedikit info Hikmah Gerhana:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: 
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlaku sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebbat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

(Terima kasih encik Wiki...^__^ )


Tuesday, 14 June 2011

Drama di Pagi Hari

Setiap pagi...hari hari..kecuali sabtu ahad..pada hari persekolahan..kami satu keluarga menjalankan tugas masing2 dengan cemerlang..masing2 berperanan penting..aku memegang watak sebagai halimunan…setiap pagi kena menghilangkan diri..pura2 tak wujud dalam rumah..lakonan ni bermula selepas subuh yang hening…

Selepas solat subuh..drama pun bermula...nadia the invisible pun menghilangkan dirinya di bilik paling hujung di rumah ni..nota: quaters kerajaan ni rumah dia macam zaman kolonial..ada bilik maid n tukang kebun or driver selepas dapur n garaj. Jadi bilik2 ni memang jauh dan sesuai dijadikan tempat persembunyian..memang strategik la untuk jalankan tugas watak halimunan nih..hehe

Tiap2 hari akak ku akan 'transfer'kan isma ke bilik nih..secara tak langsung isma pun pegang watak halimunan bersama2 kakanty..pelikkan wat apa la pagi2 jadi halimunan...hehe ni gara2 si abang isma yang meragam pagi2 tak nak ke sekolah...ariff ariff..tiap2 ari mummy n ayah berperang nak gi keje ..ayahnya lah yang paling haru sebab tugas menghantar ke sekolah ayahnya lah. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Pagi ni isma tak turun ke bilik persembunyian sebab dia tido...jadi nya nadia the invisible yang dah ready kat bilik tu kena la naik atas..tengok2kan isma. Keluar2 nampak ariff dah ada kat hall. Dengan tak mandinya..blues ta nak gi sekolah la tuh. Aku pun pecut naik atas dengan pantasnya tanpa pengetahuan ariff..teror kan hehe

Sekali ariff nak mandi kat atas la pulak..selalunya kat bawah je..haih dak nih..aku pun lari lagi pegi bilik sebelah terpaksa tinggalkan isma..fuhh selamat. Okeh ariff dah mandi n turun bawah..dengan leganya aku keluar pegi ke bilik isma. Tengah rilex2 jalan tu terdengar bunyi ariff berlari naik atas balik..aku pun lintangpukang lari masuk balik bilik sembunyi tadi..sekali gedebukk!..huhu sakit pinggul kanan ku..nasib baiklah ariff tak gi check..kalau dia nampak aku..alamatnya tak gi sekolah la dia..last2 selamat jugak la dia ke sekolah.

Huhu mesti abang din dengar bunyik gedebukk tu.. =.='  macam buah nangka busuk x sempat nak masak jatuh ke tanah..huhu malunye akuu..wat tak tau je lah..berlebam ni haa sebesar tapak tangan..gara2 drama di pagi hari  ^__^

Buah Hati

Matlamat harini adalah untuk lebih ceria dan lebih baik dari semalam...tapi alkisahnya pulak bangun pagi2 terus teringat hal semalam...waaa malunya aku..huhu..x sanggup nak bersemuka dengan en. penasihat lagik..kuikuikui..postmortem balik kisah semalam..'apala yang aku merepek merapu ke dia...wuuwuu.maluu.'. Tapi walaubagaimanapun mari kita amek dari sudut positif...terima kasih ye en. penasihat hehe..tergelak2 saya semalam..kikiki

Okeh2 sila lupakan hal itu ye cik nadia walaupun kat otak tu berlegar2 lagi wayang tu...harini seperti biasa main2 ngan isma..dah 9bulan dah ye kakanty jaga (anak2 along panggil kakak auntie..hehe)..dari tengah belajar sampaii la grad sampaiii la  menanam jagung..sampaiiii la tanam anggur pulak..mm lepas ni nak tanam apa plak...tp yang peliknya tak berhasil2 tanaman tu..cehh...eh ada hasilnya...hasilnya adalah dari tak reti..kekok n takut handle baby skang dah expert macam Nanny 911 tuh..hehe konon..bila la kakanty nk bekerjaya nih..p.s mummy cepat2 la cari maid.. 

Ni la dia budak 9bulan tu...happy dapat makan kotak

meh tengok sikit apa dia wat arini..

pagi2 ni meragam tak nak nyusu botol...yela dah seminggu bf ngan mummy dia kat umah kan..nyombong ngan botol lak dia..saja nyakat kakanty ye..makan pipi dia! ..sedappp..hehe..


gelap la plak gamba ni..layan je la...ni baru lepas sesi rebut merebut alat mekap dia ngan kakanty..kita nak sikat rambut dia..dia sibuk2 nak makan alat mekap dia...ada ke patut..haha..rindunya kat buah hati pengarang jantung nihh..walaupun sebelah bilik je..hahaha....skang dah pandai dah manjat memanjat tangga nih..dah expert dah sebab slalu berlatih manjat kakanty dia..macam gym di buatnya...lepas ni panjat apa la plak ye..
esok kita main2 lg ye isma!! ^__^

Monday, 13 June 2011

Pertama

Assalamualaikum..(wajib2 pembuka kata) hehe

'Launching my very 1st post'....ni pun ayat wajib...okay sekian...
idea berkubur gara2 kawan telepon..cis!!

sambung...^__^