Pages

Saturday 1 December 2012

Untuk Mu

Alhamdulillah...bulan Disember 2012 datang sudah...a month to go for new year of 2013

Ahhh bermula lah semester baru 3hb Disember ni..2hari je lagi... dengan harapan pelajar2 ku semua bersemangat melalui semester baru ini untuk mencapai kecemerlangan...

Termasuklah sahabat ku..alhamdulliah selamat sampai agaknya di sana semalam 30hb Nov...
semoga kamu juga punyai semangat untuk mencapai sasaran mu di tanah Mesir itu...
pulanglah dengan harapan dan semangat yang baru. 
InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar dengan izin-Nya 
walaupun pelbagai liku yang kamu akan tempuhi.. 
jangan lupa ye pesanan ku... kesabaran akan mendapat A++ 
 ...sentiasa muhasabah diri dan lihat dari sudut positif......
pesanan buat diriku juga dan pada sahabat2 yang lain...
sama2 kita mengingati antara satu sama lain..

yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari diri ku sendiri

Wallahualam....

sumber: ...hehe..minta izin ye

Damba Cinta Mu

Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku...
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Tuhanku..
Ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku...
Maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku...
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Kau Pengasih
Kau Penyayang
Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkahku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat