Pages

Wednesday, 15 June 2011

Gerhana Bulan

Pagi ni perasaan bercampurbaur..ceria+kurang ceria...bangun2 rasa sakit2  bengkak macam nak datang bulan gitu..memang bad mood la..pikir2 balik macam baru lepas je bulan mengambang tak kan datang lagi kut..bincang2 ngan kaklong...oohh terlupa lak insiden semalam haha gedebuk! 'buah nangka' jatuh...adoilaa harini terasa bisa2nya.. =.=' ....pastu melayan isma yang sedang ber'angry bird' dapat la rest sket..betul2 angry isma ni siap makan lagi psp tu..





bad mood terus hilang lepas dapat makan kuih kegemaran ku...kuih kertas..sedapnya..lama dah ngidam dari bulan puasa tahun lepas..dapat tu dapat la tapi yang tak best..tak ori...memang keciwa den..den ni goma beno kuih keteh nih..(nota: loghat jelebu lain sket bunyinya dari yang biasa dengar ye hehe) pagi ni hajat terkabul..ceria meria gituh...sedap..lemak..lembut..kenyal dan asli..cuma kelapanya macam hampas..tapi layann tuu..kena belajar buat nih!!! oh kuih ni di import dari Tangling k.l..hehe

Pastu bertambah2 ceria bila dapat khabar jam 1.25 pagi 15jun (pagi khamis) ni bermula la gerhana bulan..kemuncaknya jam 4.12 pagi..dan berakhir 6.59 pagi..info dari encik Metro..jarang nak dapat kesempatan solat sunat khusuf nih...kalau dapat join berjemaah kat masjid lagi best boleh dengar khutbah gerhana sekali..kalau tak dapat gi masjid wat kat umah je lah gamaknya..jom kawan2 kita tingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah dengan kesempatan yang ada ni..^__^

Sedikit info Hikmah Gerhana:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna: 
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.
Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah Saws.jpg pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlaku sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah Saws.jpg telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebbat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

(Terima kasih encik Wiki...^__^ )


No comments:

Post a Comment