Pages

Tuesday, 14 June 2011

Drama di Pagi Hari

Setiap pagi...hari hari..kecuali sabtu ahad..pada hari persekolahan..kami satu keluarga menjalankan tugas masing2 dengan cemerlang..masing2 berperanan penting..aku memegang watak sebagai halimunan…setiap pagi kena menghilangkan diri..pura2 tak wujud dalam rumah..lakonan ni bermula selepas subuh yang hening…

Selepas solat subuh..drama pun bermula...nadia the invisible pun menghilangkan dirinya di bilik paling hujung di rumah ni..nota: quaters kerajaan ni rumah dia macam zaman kolonial..ada bilik maid n tukang kebun or driver selepas dapur n garaj. Jadi bilik2 ni memang jauh dan sesuai dijadikan tempat persembunyian..memang strategik la untuk jalankan tugas watak halimunan nih..hehe

Tiap2 hari akak ku akan 'transfer'kan isma ke bilik nih..secara tak langsung isma pun pegang watak halimunan bersama2 kakanty..pelikkan wat apa la pagi2 jadi halimunan...hehe ni gara2 si abang isma yang meragam pagi2 tak nak ke sekolah...ariff ariff..tiap2 ari mummy n ayah berperang nak gi keje ..ayahnya lah yang paling haru sebab tugas menghantar ke sekolah ayahnya lah. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.

Pagi ni isma tak turun ke bilik persembunyian sebab dia tido...jadi nya nadia the invisible yang dah ready kat bilik tu kena la naik atas..tengok2kan isma. Keluar2 nampak ariff dah ada kat hall. Dengan tak mandinya..blues ta nak gi sekolah la tuh. Aku pun pecut naik atas dengan pantasnya tanpa pengetahuan ariff..teror kan hehe

Sekali ariff nak mandi kat atas la pulak..selalunya kat bawah je..haih dak nih..aku pun lari lagi pegi bilik sebelah terpaksa tinggalkan isma..fuhh selamat. Okeh ariff dah mandi n turun bawah..dengan leganya aku keluar pegi ke bilik isma. Tengah rilex2 jalan tu terdengar bunyi ariff berlari naik atas balik..aku pun lintangpukang lari masuk balik bilik sembunyi tadi..sekali gedebukk!..huhu sakit pinggul kanan ku..nasib baiklah ariff tak gi check..kalau dia nampak aku..alamatnya tak gi sekolah la dia..last2 selamat jugak la dia ke sekolah.

Huhu mesti abang din dengar bunyik gedebukk tu.. =.='  macam buah nangka busuk x sempat nak masak jatuh ke tanah..huhu malunye akuu..wat tak tau je lah..berlebam ni haa sebesar tapak tangan..gara2 drama di pagi hari  ^__^

No comments:

Post a Comment