Assalamualaikum ^__^
Pada minggu2 yang lepas saya telah melawat adik saya di tempat pengajiannya sekarang di Gontor 3, Gurah, Kediri.
Sekarang ni merupakan tahun kedua adik saya belajar di Gontor. Sebelum ni adik di Gontor 2 selepas lulus kemasukan pengajian ke pondok modern Gontor ni. Biasanya Gontor 2 ni tempat persediaan santri2 baru dan calon pelajar atau dipanggil 'capel' (santri = pelajar).
Di Gontor 3 ni dah masuk setahun dah. Ni lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Gontor 3. Sebelum ni dah 2 kali ke Gontor 2. Memang seronok pegi tempat pengajian adik saya ni. Suasana berbeza dari biasa yang dilalui setiap hari. Jadi, release tension jugak setelah lama tak berehat dan bercuti dari kerja.
Seronok tengok adik2 di Gontor ni rajin dan tekun belajar...dimana2 saja setiap masa dengan buku. Riadah pun tak tinggal.. ada lari pagi...pidato...dan macam2 aktiviti yang tak pernah membazir seminit pun masa untuk leka.
Saya sentiasa berdoa agar adik berjaya dan bertahan hingga akhir pengajian kat sana.
No comments:
Post a Comment