Pages

Saturday 16 February 2013

Demok dah selamat

Alhamdulillah...

Demok akhirnya berjaya diselamatkan setelah hampir 3 hari terperangkap di atas bumbung di rumah sewa ku...bumbung tu tinggi, jadi demok tak dapat nak turun sendiri...tu laaa pandai2 lagi panjat bumbung tinggi2 nak turun tak pandai... sian dia lemah longlai dan bulu dia yang kembang tu pun dah kuncup T__T

Jadi nya pagi tadi selepas balik dari jogging misi menyelamat pun bermula. Misi ni lambat mula sebab tangga umah kami jiran pinjam. Jiran pulak tak perasan yang kami duk panggil2 nak tangga. sibuk kut. Sebelum dapat tangga tu, demok dah perasan yang kami dah perasan dia terperangkap kt situ...apalagi demok pun macam tak sempat2 nak diselamatkan...comeyynye dia...eeee geram...he he

Dah dapat tangga...aku pun panjat la..housemate yang lain pegang tangga tu makesure keselamatan aku....uuuu terharu...thank u girls..hehe misi diteruskan...aku pun panggil la demok...demok meh sini demok...merajuk plak dia..tadi sebelum dapat tangga tak sabar2 nak turun..kemain lagi dia...pandai lak nak merajuk2..ni merajuk sebab dah 2 hari terperangkap kat situ orang baru nak selamatkan dia...macam2 lah lagi cara cuba nak buat dia bergerak tapi last2 merajuk sambil muka dia menghadap kat bucu dinding...uihhh tahap kemerajukan dia dah tahap maksima..haha klaka pun ada... hmmm teringat plak orang jauh nun berjuta batu tengah merajuk macam demok jugak...jangan merajuk lama2 nanti kena jual..hehe

misi setengah jalan tu tak berjaya..last2 suami akak jiran seblah yang panjat bumbung tu...akhirnya demok dapat diselamatkan...alhamdulillah...nah gi balik umah tuan demok...tuan demok pun dah risau dah tu 3 hari tak balik....3 hari jugak lah demok x makan..berhujan berpanas..tapi marina cakap dia ada dengar bunyi burung lain macam...macam demok makan burung tu...haha..bagus lah demok kasi lasak sket..ni asik makan friskeis

lega sangat bila misi berjaya! syukur dengan bantuan mu ya Allah...

demok sebelum kejadian

demok sebelum kejadian

Ps: khas buat orang kat sana...mari kita berjalan di kaki subuh ^__^

No comments:

Post a Comment